NuffNangers

Saturday, August 11, 2012

Ramadan Dan Syawal

Tinggal lebih kurang 2 minggu lagi untuk umat Islam berpuasa di bulan Ramadhan yang mulia ini sebelum ketibaan Syawal yang berbahagia.. Sepanjang bulan puasa ini, aku telah memupuk satu tabiat baru dalam hidup aku. aku kini telah menjadi kelawar sepenuh masa. bagaimana untuk ubah kembali?? tidak ku tahu.. biar masa yang menentukannya..

Di sini ingin sekali ku mengambil kesempatan menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf sebab aku tahu, tingkah lakuku seringkali melukakan hati sesetengah pihak. namun terimalah aku seadanya kerana aku tidak suka tergolong dalam golongan yang hipokrit walaupun itu satu kewajiban dalam zaman yang serba moden ini.. Maafkan ku sekiranya ada teguran dariku yang menyinggung mana-mana pihak. maafkanku sekiranya ada gurauan-gurauanku yang menyinggung hatimu.. maafkanku sekiranya kata-kataku melukakan hati kalian... halalkan makan minum mana-mana yang aku terambil, terminum, termakan.. andai kata ini pengakhiranku, aku redha..

untuk someone yang aku sayang, aku akan sentiasa berusaha untuk sentiasa bersamamu.. maafkanku jika ada mesej-mesejmu yang tidakku balas, pangillan-panggilanmu yang tidak aku jawap, maafkanlah aku...

Selamat Hari Raya AidilFitri Untuk Semua....

Wasalam.............

No comments:

Post a Comment