NuffNangers

Sunday, February 3, 2013

Selamat Hari Lahir

Selamat Hari Lahir buat adikku Aizzad. Maafkan abang kerana memberimu "hadiah" di hari lahirmu.. bukan niat abang untuk memukulmu.. apatah lagi sehingga dirimu terluka. memang abang yang bersalah kerana tak mampu menahan sabar dari memukulmu. abang janji.. abang takkan memukulmu lagi lepas ni.. abang sedar abang tak layak untuk menyambut hari kelahiran bersamamu malam ini.. tarikh ini akan abang ingt sampai abang mati.. abang harap kau tak berdendam dengan abang.. andai dirimu boleh berkata-kata.. andai dirimu sempurna seperti abang.. andai..... tp ini semua hanya andaian..  dirimu tidak sempurna seperti abang.. dirimu tak boleh berkata-kata seperti abang.. tapi tergamak abang memukul mu sampai dirimu terluka. memang abang yang bersalah.. memang abang yang tak sempurna.. kenapa abang tak nampak? kenapa? kenapa orang lain boleh melayanmu dengan baik tetapi tidak abang kandungmu sendiri?? kenapa?

Sekali lagi maaf... berjuta maaf abang pohonkan... maaf.. hanya itu yang mampu abg ucapkan.. maaf......