NuffNangers

Sunday, August 19, 2012

Pagi Raya

Tidak ku tahu mengapa, kemeriahan raya semakin kurang ku rasai. Mungkin kerana aku semakin dewasa.. Semakin berasa keseorangan dipagi raya walaupun aku berada dikalangan keluarga.. Aku rasa kosong.. Seperti lagu najwa latif tu.. Kosong.. Kosong..

Mungkin kerana aku melihat kebanyakan rakan-rakanku sudah pun mendirikan rumah tangga.. Malahan ada yang sudah ade penyeri hidup.. Namun di kala ini, aku masih keseorangan..

Mendengar takbir raya dipagi hari semakin membuatkan hatiku sayu.. Alangkah gembiranya mereka boleh berada disamping kekasih hati dipagi raya ni.. Namun aku hanya mampu berharap.. Hanya mampu melihat dari jauh.. Hanya sekeping sms yang mampuku hantar di malam dan juga dipagi raya.. Namun dek kerana kesibukan.. Tidak mampu si dia menjawapnya..

Tak mengapalah.. Aku mohon ampun dan maaf diatas salah silap diriku padanya.. Segala makan minumku, ku harap si dia menghalalkannya..

Untuk si dia, Selamat Hari Raya ku ucapkan.. Dirimu begitu berharga buatku.. Semoga kita mampu untuk pergi lebih jauh..

No comments:

Post a Comment