NuffNangers

Monday, January 23, 2012

Menangis

Assalamualaikum...
Sudah lama aku tidak menangis.. Namun malam ni ak menitiskan air mata.. Aku sayang kamu.. Aku harap kamu dapat menerimaku semula.. Kasihku padamu tak pernah berubah walau sedikit pun.. Harapanku hanya untuk bersamamu. Aku minta ampun dan maaf atas kesalahan diri ini kepadamu.. Hanya kamu yang ku mahu.. Hanya kamu..

Ke mana saja yang ku pergi, aku akan sentiasa ingat kepadamu.. Dan aku menharapkan yang kamu akan sentiasa berada disampingku setiap detik diri ini bernafas... Air mata ini tidak dapat ku bendung lagi.. Pilu rasa hati ini..

Bukan niat ku untuk berjauhan dengan mu... Bukan pintaku untuk tidak menghubungimu.. Malah ak ingin menghubungimu sentiasa seperti saat kita mula kenal dulu.. Aku mahu rapat denganmu.. Aku terpaksa.. Aku bekerja dan mencari peluang agar kita dapat disatukan.. Aku mencari peluang agar aku dapat membahagiakanmu suatu hari nanti... Aku mencari jalan agar aku dapat menyenangkan mu suatu hari nanti.. Percayalah sayang.. Berilah aku peluang untuk tebus semula kesalahanku kepadamu.. Aku ingin tunaikan segala janjiku padamu..

Akhir kata dariku.. Maafkan lah diri ini sayang.. Dalam hatiku ini hanya ada kamu.. Dan kamulah selamanya... Aku ikhlas mencintai dirimu..

Sekian dariku untuk insan yg kusayangi..

Sent from my iPhone

Tuesday, January 17, 2012

Warkah buat wanita..

Assalamualaikum...
Ku tulis warkah ini buatmu yang bergelar wanita.. Tidakkah kamu mengerti.. Apabila kamu menjalinkan perhubungan dengan seorang lelaki, lelaki itu akan cuba setia kepadamu? Lelaki itu akan cuba untuk membahagiakanmu setiap hari walaupun dengan hanya menghantar satu mesej pesanan ringkas yang berbunyi "hi syg, how r u?"... Walaupun tampak ringkas, namun percayalah ianya ikhlas menanyakan keadaan dirimu ketika itu.. Seorang lelaki akan berasa sangat bahagia apabila wanita yang mereka sayang, membalas semula mesej tersebut.. Apabila seorang lelaki itu tidak menghantar apa-apa mesej ataupun tiada satu panggilan dari lelaki itu, tidak bererti yang dia sudah tidak lagi sayang kepadamu. Mungkin lelaki itu masih sibuk ketika itu.. Dan apabila seorang lelaki itu membuat panggilan telefon kepadamu, jawaplah dengan nada suara yang manja kerna suara wanita adalah salah satu syurga untuk lelaki..

Jiwa seorang lelaki juga sama seperti seorang wanita.. Mudah tercalar, terhiris, terluka hanya dengan cara seseorang wanita yang amat di sayanginya, membalas mesej yang dihantar dengan ayat yang dipanggil "ayat mati".. Ataupun dengan tidak menjawap panggilan telefon berulangkali dengan alasan tiada apa yang mahu dibicarakan.. Ianya sungguh memilukan..

Jika lelaki yang amat kamu sayangi tidak menghantar mesej, janganlah kamu hanya tunggu diam membisu.. Tidak slah jika kamu menghantar mesej dahulu.. Seorang lelaki itu akan berasa gembira jika kekasih hatinya menghantarkan mesej seringkas, "Selamat pagi, syg!!".. Itu dapat menceriakannya untuk sepanjang hari..

Jadi, ku harap warkah yang tidak seberapa ini, dapat menyedarkan segelintir insan yang bergelar wanita agar tidak menghiris perasaan lelaki yang amat menyayanginya secara tidak sedar..
Sekian... Assalamualaikum...

Sent from my iPhone