NuffNangers

Tuesday, January 17, 2012

Warkah buat wanita..

Assalamualaikum...
Ku tulis warkah ini buatmu yang bergelar wanita.. Tidakkah kamu mengerti.. Apabila kamu menjalinkan perhubungan dengan seorang lelaki, lelaki itu akan cuba setia kepadamu? Lelaki itu akan cuba untuk membahagiakanmu setiap hari walaupun dengan hanya menghantar satu mesej pesanan ringkas yang berbunyi "hi syg, how r u?"... Walaupun tampak ringkas, namun percayalah ianya ikhlas menanyakan keadaan dirimu ketika itu.. Seorang lelaki akan berasa sangat bahagia apabila wanita yang mereka sayang, membalas semula mesej tersebut.. Apabila seorang lelaki itu tidak menghantar apa-apa mesej ataupun tiada satu panggilan dari lelaki itu, tidak bererti yang dia sudah tidak lagi sayang kepadamu. Mungkin lelaki itu masih sibuk ketika itu.. Dan apabila seorang lelaki itu membuat panggilan telefon kepadamu, jawaplah dengan nada suara yang manja kerna suara wanita adalah salah satu syurga untuk lelaki..

Jiwa seorang lelaki juga sama seperti seorang wanita.. Mudah tercalar, terhiris, terluka hanya dengan cara seseorang wanita yang amat di sayanginya, membalas mesej yang dihantar dengan ayat yang dipanggil "ayat mati".. Ataupun dengan tidak menjawap panggilan telefon berulangkali dengan alasan tiada apa yang mahu dibicarakan.. Ianya sungguh memilukan..

Jika lelaki yang amat kamu sayangi tidak menghantar mesej, janganlah kamu hanya tunggu diam membisu.. Tidak slah jika kamu menghantar mesej dahulu.. Seorang lelaki itu akan berasa gembira jika kekasih hatinya menghantarkan mesej seringkas, "Selamat pagi, syg!!".. Itu dapat menceriakannya untuk sepanjang hari..

Jadi, ku harap warkah yang tidak seberapa ini, dapat menyedarkan segelintir insan yang bergelar wanita agar tidak menghiris perasaan lelaki yang amat menyayanginya secara tidak sedar..
Sekian... Assalamualaikum...

Sent from my iPhone

1 comment: