NuffNangers

Sunday, November 22, 2009

Final

Salam kw2..

Arini.. setelah semua tugasan yg perlu d lakukn selesai, ak mulakn hidop lam kesbosanan yg amat sangt.. bgun2 je tros ngadap fb.. sm la d saat entry ni d taip.. hehehe.. mmg la bosan.. kwn2 ade yg da pulang ke kampung halaman.. tp ak.. kalo x disebabkan ade kete kt sini n perlu anta moto ak gne ktm, da lame da ak runner alek... tp mslhnyer lau ak runner alek nek moto, sape yg nk bwk alek kete ak?? ish!! mslh btol la!! ade kete ssh, xde pun ssh gak.. mm...

Walaupun cuti sem da mule, tp ak still kt kl lg.. perancang mase cuti pun xde.. nk rncng pe?? duit lau menimbun xpe la gak.. ni x.. cm ne nk g bervuti nnt neh?? haish!!! Tatkala ini.. duit loan pun x msok agy... prot da berkeroncong... tp apekn daya.. terpakse ak menahan perotku yg comel ni dari meminta dipenuhkan dengan mknn.. mmm. nasib2!! nk kua pun da jd malas da...

Raya Haji da hampir menjelang.. Sempena ini.. ak nk ucap Selamat Hari Raya Aidiladha utk Semua rakan-rakan sme ade yg masih anggap ak rakan dye atau x.. tp yg ne da ak singkirkn dlm list tu, x termasuk la dlm ucapan ni k.. ni untuk warga KPTMKL, JMTi-ans n member2 lame jer... yg da cari pasal tu, mmg ak x ampunkn korg... huhu...

Mmm.. ley x korg cadangkan something yg ley ak wt utk rini selain kua???

Saturday, November 14, 2009

Maafkanlah diri ini...

Salam..

Ingin ku bertanya disini... mengapakah sukar untuk org yg kita syg untuk memaafkan kesalahan kita?? Walaupun kita dah sedar akan kesilapan diri, dan memohon maaf... Ak sedar.. sejak kebelakangan ini, ak jarang keluar bersama dengannya.. tp itupun bersebab.. dengan final exam yg semakin hampir, dengan projek visual basicku yang masih tidak lg siap, ak terpaksa... ini memang salahku.. ak sedar.. ak sayangkn dia.. my life wont be complete without her... ak pun dah xtw pe lg nk ckp... cume skrg nie ak cume nk die tw jer.. yg kasih sayang ak, xpnah surut dan berubah.. ak tetap sayangkn dia.. ak nk tgk dye senyum semula... walaupun ak tw.. buat masa skrg nie, mungkin susah untuk ak melihat dye senyum walau sedikit pun....

apepun kesalahanku, ak mohon berjuta2 kemaafan... maafkn ak sayang.. maafkan ak....

sekian coretan sedih ku untuk kali ni..

p/s: luck ak mmg 4% la rini... xde ong langsung...

Thursday, November 12, 2009

Renungkanlah...

C1. CABAR

Lelaki mempunyai ego mereka tersendiri. Jadi mereka tidak suka dicabar terutama sekali oleh wanita. Wanita perlu tahu batas tindakan mereka agar lelaki tidak rasa tercabar. Isteri kalau bergaduh dengan suami mulalah kata “Kalau awak berani cubalah cari perempuan lain! Dr Fadillah kata JGN CABAR SUAMI… nanti suami buat betul-betul isteri juga yg putih mata…

C2. CABUL

Cabul ni bermaksud keji dari segi perangai sehingga seseorang wanita itu langsung tidak malu. Misalnya bergaul bebas dgn lelaki yang bukan muhrim tanpa menghirau batas pergaulan. Juga perbuatan & kata2 isteri yang tak sopan (isteri hilang sifat malu)seperti keluarkan kata2 yg tidak baik pada mertua…

C3. CELUPAR

Wanita yg cantik akan kelihatan hodoh jika mulutnya celupar. Celupar lebih kurang cabul juga. Isteri selalu cakap yang tidak manis, selalu terlepas cakap pada suami sehingga membuat suami jauh hati.

C4. COMOT

Terdapat wanita yg cantik tetapi comot. Comot ini samada melibatkan wajah wanita itu, penampilannya yg selekeh, kerja yg dilakukan serta tindak-tanduknya. Contohnya, isteri bila nak keluar rumah baru nak bersolek dan comel tapi kat rumah comot. Suami pula di tempat kerja asyik pulak nampak yg comel2 aje… Ada isteri kata – mekap untuk suami, tapi kat rumah tak praktik pun.

C5. CEMBURU

Cemburu perlu dalam sesuatu hubungan. Tetapi wanita yg terlampau cemburu hingga pasangannya merasa terkongkong akan membawa padah kepada perhubungan mereka. Ini membuatkan lelaki akan rasa diri mereka tidak dipercayai. Suami lemas kalau isteri cemburu berlebih-lebihan… sikit2 dok telefon suami kat tempat kerja. Suami baru balik kerja dah kita tanya macam-macam. Suami balik lewat overtime dah syak yg bukan2…

C6. CEREWET

Kata ulama hati wanita terletak pada mulutnya. Oleh itu wanita perlu mengawal percakapannya. Suami tak suka bila isteri cerewet tak bertempat. Contohnya kalau suami bawa makan luar, isteri nak tempat yang class2 aje. Restoran nak ada air-cond aje.

C7. CINCAI

Buat kerja rumah cincai, masak cincai, kemas rumah cincai, jaga anak cincai. Dr Fadillah kata suami paling benci bila isteri cincai jaga anak… anak dah masuk longkang tapi mak dok lepak depan tv lagi….

C8. CUAI

Kebiasaan lelaki tidak suka jika pasangannya cuai terutama apabila ia melibatkan masa.. Misalnya apabila suami menetapkan keluar jam 3 tetapi pada masa yg ditetapkan isteri masih sibuk bersiap, bersolek, mengemas. Ini akan membuatkan mereka benci kerana situasi sebegini.

8C ini lambang keperibadian muslimah yang lemah akhlaknya. Berpelajaran tinggi belum tentu tinggi akhlaknya. Tapi kita insan yg mudah lupa & lalai… ada masa2 tertentu, mungkin juga kerana sifat suami & keadaan sekeliling yang buat kita mempunyai salah satu ciri2 8C tu.